NADI X ENTERPRENEUR_EmpowHer_Webinar Perancangan Perniagaan
16 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2026, telah berlangsung NADI X ENTERPRENEUR_EmpowHer_Webinar Perancangan Perniagaan. Webinar ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 12:00 tengah hari. Tujuan Pre Training Video ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang Webinar ini berlangsung, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak memberi penerangan mengenai Objektif Business Roadmap. Seterusnya, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak menerangkan mengenai perniagaan tanpa roadmap dan perniagaan dengan roadmap. Selain itu, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak memberi penerangan mengenai komponen utama Business Roadmap iaitu arah dan matlamat perniagaan, model perniagaan, strategi produk dan pelanggan, rekod kewangan dan pelaksanaan dan pemantauan. Akhir sekali, Encik Muhamad Syaamil Abdul Razak memberi penerangan mengenai kenapa ramai usahawan penat tapi bisnes tak bergerak iaitu sibuk buat tapi tak tahu kenapa buat, tak ukur jadinya tak sedar salah, tak baiki dan ulang kesilapan sama dan tiada sistem tapi hanya bergantung kepada semangat.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta tentang Perancangan Perniagaan. Selain itu, dapat mengeratkan hubungan di antara staf NADI dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: